Wajah Diariku

Rabu, 13 Februari 2013

KEK NESCAFE KUKUS

Bismillah...

Harini nk kongsi pasal kek... x puas2 buat  kek, naseb baik ade yg nk makannye.. kalau x tong sampah laa letaknye, hihihi ...

dah 2x buat kek coklat yg kurang memuaskan sbb nye pukul mentega & telur x kembang, hahaha... buat kek yg ke3 baru tahu punca, kikiki....

Kek yg ke3 ni bukan kek coklat.. Asal resepi ambik dr blog kak HaSue tu resepi kek lapis nescafe, tp sbb x der pewarna buat selapis nescafe saja, punya la muakkk makannye, hadoiii... tapi jgn terkejut sbb ia sgt2 SEDAP :)

BAHANNYA :

1- Mentega 5sudu besar
2- Gula halus/kastor 5sudu besar
3- 2gelas tepung gandum
4- 4biji telur
5- 1tin susu pekat sukat ikut suka hati :D
6- 1sudu besar serbuk nescafe bancuh dgn air panas setengah gelas
7- 1sudu besar esen vanilla

CARANYA :

1. Pukul mentega (sy guna marjerin daisy) + gula sampai kembang (putih)
2. Masukkan telur 1 per 1 ( sambil adunan masih dikacau-sy dibantu oleh en.hubby)
3. Masukkan esen vanilla + susu pekat, adun sekata
4. Then, masukkan tepung gandum sikit2
5. Bila adunan dh sebati rs2 mcm dh OK tu masukkan nescafe yg dibancuh tadi.
6. Kukus lah selama 60minit tapi PASTIKAN air pengukus mendidih dulu baru kukus tau.

Pastu kek jadilah cenggini :)

KEK NESCAFE KUKUS


Sedap tau :) 

Ok... My Daughter makan sambil sengih2...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SUAMI jadikan ISTERI tabah!


Bagaimana kaedah seorang suami yang ingin membantu isterinya yang sedang sedih? Sebagaimana yang kita maklumi, isteri hanya ingin berkongsi dan menerokai masalahnya bersama orang yang dia sayangi, agar hilang rasa tekanan dan timbul rasa bahagia yang dirinya sedang difahami oleh suaminya. Renungi sketsa ini sebagai rujukan.
Suatu petang, Sarah seorang guru subjek math pulang dari sekolah dengan wajah yang kurang ceria. Yusof, suaminya yang bercuti pada hari itu menghidangkan makanan di atas meja. Sarah membuka mulut menanyakan soalan yang Yusof sudah mengerti yang akan dijawab semula oleh isterinya, "Papa tahu tak apa yang berlaku di sekolah tadi?"
"Apa yang berlaku?" tanya Yusof menyatakan kesediaannya mendengar.
"Tadi mama kena marah dengan Pengetua, dia tuduh mama berkira dan tidak mahu berkerjasama dengan Ketua Jabatan. Mama jawab semua tuduhannya, tetapi dia tidak mahu mendengar. Di lebih dengar cakap si folan tu. Tuduhan dia semuanya tidak benar. Selama ini mama tidak berkira . Mama bekerja untuk mendidik anak bangsa di sekolah, tetapi hari ini mama dituduh sebagai guru yang tidak mahu bekerjasama. Mama sedih sangat."
Yusof mendengar dengan penuh simpati. Dia yang duduk menghadap hidangan di sebelah hadapan isterinya meletakkan kedua tangannya di atas meja dan memandang isterinya dengan rasa kasihan. Sarah terus mengadu. Nasi di hadapannya belum disentuh lagi. Sarah terus menceritakan perasaan dan rasa terkilannya kepada ketua jabatannya dan sebagainya kerana tidak mahu memahami dan menghargai sumbangannya selama ini.
Yusof terus mendengar segala luahan isterinya dengan mengiakan semua pandangan dan keluhannya. Sepuluh minit berlalu, Sarah mula menjamah nasi dan ikan patin masak tempoyak yang dimasak oleh Yusof. Yusof sedar yang Sarah tiada selera, namun kerana gulai itu dimasak oleh suaminya, dia gagahkan juga untuk menghargai masakan dan kesanggupan suaminya mendengar masalah berat yang dia hadapi sebentar tadi.
Selesai makan, Yusof pun memimpin tangan Sarah ke bilik tidur dan terus memeluknya dan menggosk-gosok belakangnya sambil membisikkan, "Sabar ya sayang, papa bersama mama, nanti pengetua tahulah, siapa yang betul, siapa yang salah." Bercucuran semula air mata Sarah membasahi dada dan bahu Yusof.
Inilah caranya suami membantu isteri. Dengarlah rintihannya.
Senjata ketenangan seorang isteri ialah air matanya.
Senjata pertolongan suami pula ialah pelukan mesra dan rasa prihatin.
Suami tidak perlu menyelesaikannya.

وَإِنْ خِفْتُمْ شِقَاقَ بَيْنِهِمَا فَابْعَثُوا حَكَمًا مِّن أَهْلِهِ, وَحَكَمًا مِّنْ أَهْلِهَآ إِنْ يُرِدَآ إِصْلَحًا يُوَفِّقِ اللهُ بَينَهُمَآ...

Maksudnya ::
Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua "orang tengah" itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan keduanya (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuan-Nya.