Wajah Diariku

Rabu, 29 Jun 2011

BETULKAN NIATMU MENUNTUT ILMU


     
           Ketahuilah wahai saudaraku     yang   sangat berminat dan mempunyai perhatian dalam mencari ilmu, yang telah     menunjukkan   cita-cita yang tinggi dan rasa sangat dahaga terhadap     ilmu     pengetahuan, seandainya engkau berminat dalam mencari ilmu ini, untuk berlumba-lumba dan mendapat kemegahan dan terkemukan dikalangan kawan-kawan, dan untuk menarik         perhatian         terhadap dirimu dan menghimpun terhadap kekayaan dunia, maka sesungguhnya engkau telah berusaha untuk menghancurkan agamamu dan     membinasakan dirimu sendiri, dan menjual akhiratmu untuk mendapat harta dunia, maka penjualan mu adalah rugi dan perniagaan mu adalah porak peranda dan guru yang mengajar mu dikira menolong mu dalam membuat      maksiat         dan ia juga akan merasakan kerugian. Ketika ini guru yang mengajar mu laksana seorang yang menjual pedang kepada     perompak seperti        sabda     Rasulullah SAW:
Ertinya: "Sesiapa yang menolong orang lain melakukan sesuatu maksiat walaupun dengan setengah kalimat maka orang itu dikira berkongsi dalam melakukan maksiat tersebut."
Dan jikalau        niatmu               dalam mencari ilmu ini untuk mencari keredhaan Allah SWT dan mencari           hidayah           bukan semata-mata untuk pandai bercakap maka hendaklah engkau bergembira kerana para           malaikat         telah mengembangkan sayapnya apabila engkau berjalan dan ikan yang berada       dilaut semuanya meminta ampun    darimu apabila engkau berjalan.
[ IMAM AL GHAZALI ]






TEMAN...
Berjanji pada diri ini agar dirimu
Berjuang dimedan ini...
Membaa kemanisan iman
Cinta dan jihad abadi...
Lalu mengukir sebuah dakwah
Untuk menghidupkan Deen Ilahi...
Biar dirimu mati dalam perjuangan
Kerana kau Islam sejati...
Biar rebah jasamu
Kerana kau syahid insani...
Biar puas sanubarimu
Kerana cintamu telah terbukti...

Dan kau masih berdiri 
Dengan memandang setiap ummah...
Walaupun langkah dan nafasmu
Kadang-kala lemah
Menanti setiap satu perjuangan Allah SWT...
Mengikat ukhuwah...
Lantas membawa pulang fisabilillah yang
tabah...
Berjanjilah wahai TEMAN... 
 

1 ulasan:

  1. How to buy a titanium rod - TITanium Arts
    TITanium Arts sells Titanium Rods and other tools. Shop titanium nitride gun coating online titanium bolts with titanium trim hair cutter reviews TITanium Arts today. Iron Oxide titanium mens wedding bands Brass mens titanium watches Plated.

    BalasPadam

SUAMI jadikan ISTERI tabah!


Bagaimana kaedah seorang suami yang ingin membantu isterinya yang sedang sedih? Sebagaimana yang kita maklumi, isteri hanya ingin berkongsi dan menerokai masalahnya bersama orang yang dia sayangi, agar hilang rasa tekanan dan timbul rasa bahagia yang dirinya sedang difahami oleh suaminya. Renungi sketsa ini sebagai rujukan.
Suatu petang, Sarah seorang guru subjek math pulang dari sekolah dengan wajah yang kurang ceria. Yusof, suaminya yang bercuti pada hari itu menghidangkan makanan di atas meja. Sarah membuka mulut menanyakan soalan yang Yusof sudah mengerti yang akan dijawab semula oleh isterinya, "Papa tahu tak apa yang berlaku di sekolah tadi?"
"Apa yang berlaku?" tanya Yusof menyatakan kesediaannya mendengar.
"Tadi mama kena marah dengan Pengetua, dia tuduh mama berkira dan tidak mahu berkerjasama dengan Ketua Jabatan. Mama jawab semua tuduhannya, tetapi dia tidak mahu mendengar. Di lebih dengar cakap si folan tu. Tuduhan dia semuanya tidak benar. Selama ini mama tidak berkira . Mama bekerja untuk mendidik anak bangsa di sekolah, tetapi hari ini mama dituduh sebagai guru yang tidak mahu bekerjasama. Mama sedih sangat."
Yusof mendengar dengan penuh simpati. Dia yang duduk menghadap hidangan di sebelah hadapan isterinya meletakkan kedua tangannya di atas meja dan memandang isterinya dengan rasa kasihan. Sarah terus mengadu. Nasi di hadapannya belum disentuh lagi. Sarah terus menceritakan perasaan dan rasa terkilannya kepada ketua jabatannya dan sebagainya kerana tidak mahu memahami dan menghargai sumbangannya selama ini.
Yusof terus mendengar segala luahan isterinya dengan mengiakan semua pandangan dan keluhannya. Sepuluh minit berlalu, Sarah mula menjamah nasi dan ikan patin masak tempoyak yang dimasak oleh Yusof. Yusof sedar yang Sarah tiada selera, namun kerana gulai itu dimasak oleh suaminya, dia gagahkan juga untuk menghargai masakan dan kesanggupan suaminya mendengar masalah berat yang dia hadapi sebentar tadi.
Selesai makan, Yusof pun memimpin tangan Sarah ke bilik tidur dan terus memeluknya dan menggosk-gosok belakangnya sambil membisikkan, "Sabar ya sayang, papa bersama mama, nanti pengetua tahulah, siapa yang betul, siapa yang salah." Bercucuran semula air mata Sarah membasahi dada dan bahu Yusof.
Inilah caranya suami membantu isteri. Dengarlah rintihannya.
Senjata ketenangan seorang isteri ialah air matanya.
Senjata pertolongan suami pula ialah pelukan mesra dan rasa prihatin.
Suami tidak perlu menyelesaikannya.

وَإِنْ خِفْتُمْ شِقَاقَ بَيْنِهِمَا فَابْعَثُوا حَكَمًا مِّن أَهْلِهِ, وَحَكَمًا مِّنْ أَهْلِهَآ إِنْ يُرِدَآ إِصْلَحًا يُوَفِّقِ اللهُ بَينَهُمَآ...

Maksudnya ::
Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua "orang tengah" itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan keduanya (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuan-Nya.